Multi languages
Shalom...dear visitors and followers..Welcome to my world...Even we dont know each other, I do believe that to know me is to let me know you better. We might not have the same interests@field but we still can share ours as we're living under the same sphere the same sun and the same moon..My sharing to you may a true ones..but some are just for our knowledge. Repondez S'il Vous Plait for my improvisation....witH LovE
Salam kemesraan buat tetamu yang datang ke teratak ini..Walaupun kita mungkin tidak saling mengenali, tetapi percayalah bahawa dengan mengenali diri ini akan membuatkan diri ini mengenali kalian dengan lebih mendalam..Kita mungki berbeza rupa dan darjat, berlainan minat dan bidang...Namun kita tetap sama berbumbungkan matahari dan bulan yang satu..Perkongsian di dalam arena ini mungkin realiti. Tetapi ada diantaranya, sekadar perkongsian ilmu semata-mata..Berikan respon mahupun komen untuk improvisasi...
Selamat datai ngagai bala temuai ti nujah menua aku tu..Taja pan kitai enda ngelala pangan diri tang kitai ulih bekungsi penemu, pengelandik kena ngemansang diri..Enti nuan rindu ke dunya aku..aku enggau ati gaga..nyambut penatai kita..Jerita aku dalam tu ukai deka ngemedis sapa-sapa..tang kena aku minta penemu ari kita..
Sunday, October 24, 2010
MAKANAN BERTALI Direncah Ala Masakan Cina
Mi Wantan Rangup
BAHAN-BAHAN:
1 keping mi wantan
2 ketul wantan
2 biji bawang putih ] diketuk
20gm lobak merah} dihiris
20gm kubis cina } dihiris
2 ekor udang
100gm sos mangga pedas
10gm sos cili
10gm sos tiram
400ml air stok ayam
10ml mintak bijan
10gm tepung jagung ] dibancuh dengan sedikit air
5gm bawang putih
5gm daun bawang sebagai hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng mi wantan sehingga rangup di atas api sederhana. Angkat dan ketepikan.
2. Selepas itu goreng wantan di atas api sederhana. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian panaskan kuali dengan sedikit minyak sekali lagi. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan udang, lobak merah dan kubis cina. Kacau rata sehingga layu.
5. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili dan sos mangga pedas. Kacau sebati.
6. Masukkan air stok ayam dan sos tiram. Kacau rata sehingga mendidih.
7. Kemudian masukkan air tepung jagung. Kacau rata dan bolehlah diangkat.
8. Masukkan mi wantan ke dalam pinggan. Tuangkan kuahnya dan taburkan daun bawang di atasnya.
Mi Kari
BAHAN-BAHAN
50gm mi kuning ]dicelur
5ogm mihun ]dicelur
50gm tauge ]dicelur
20gm kerang ]dicelur
2 ekor udang ]dicelur
2 ketul tauhu kering
50gm isi ayam ] dihiris
400ml air stok ayam
50gm pes kari
10ml santan
10ml susu segar UHT
Garam secukup rasa
BAHAN PES MI KARI:
80gm cili boh
50gm bawang kisar
5gm halia kisar
50gm bawang putih kisar
5gm belacan kisar
1 tangkai serai diketuk
10gm lengkuas diketuk
20gm gula
5gm garam
5gm serbuk kari daging
HIASAN:
1 helai daun pudina
3 biji cili ] dihiris
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat pes kari, panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar dan diketuk sehingga naik wangi bau tumisan.
2.Selepas itu masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Masukkan pes kari daging. Kacau rata hingga pecah minyak. Angkat dan ketepikan.
3.Didihkan stok ayam di dalam periuk. Campurkan pes kari, taupo dan isi ayam. Kacau rata sehingga mendidih.
4. Masukkan santan segar dan susu segar. Kacau rata sehingga mendidih.
5. Perasakan dengam garam secukupnya.
6. Masukkan mi dan mihun ke dalam mangkuk bersama tauge dan udang.
7.Selepas itu tuangkan kuah ke atasnya.
8.Taburkan daun pudina dan cili merah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
sincerely comment